October 21st, 2015

Baru-baru ini aktres Izreen Azmind ada memuat naik status  di akaun Instagram miliknya yang seakan memberi amaran agar tiada wanita lain cuba untuk berlebih-lebih dengan anaknya Adrian Umar.

9 bulan 10 hari aku gendong nyawa yg bernama anak ni..mana2 ibu pun akan terluka kalo anak yg dikandung dijaga dgn sebaik baiknya tanpa cacat cela..makan minum tempat tinggal kesihatan semua AAA tetiba ada ibu2 jadian yg belum kawin pun lagi nk take over…nk dok belai2 anak kita..mmg serigala jadiannnnn la aku nk jadi…kalo teringin sgt nk nmpk keluarga bahagia..pi amik anak angkat..belai puaih2 smpi putuih rambut pun takpa pulun nak amik anak kita!!! Phuiiiii

Beberapa pihak mengandaikan wanita yang cuba membeli jiwa Adrian itu mungkin ada kaitan dengan bekas suami Izreen iaitu Riza.

Menerusi ruangan Cik Pang di Harian Metro, beliau merasakan adalah sangat penting untuk wanita tersebut mengambil hati Adrian jika beliau mahu meneruskan hubungannya bersama Riza. Iyalah, kalau benar Riza mahu memperisterikan dirinya, wanita itu akan menjadi ibu segera dan harus memikul tanggung­jawab besar menguruskan suami dan anak.

Sebagai seorang ibu setiap perempuan akan merasa tidak selesa jika orang lain yang kita tidak kenal tiba-tiba ingin rapat dengan anak mereka. Jika Riza betul-betul sudah bertemu pengganti apa salahnya untuk memperkenalkan teman wanitanya itu kepada Izreen? Kan lebih mudah begitu sekurang-kurangnya Izreen tahu siapakah yang cuba mendekati Adrian, tiada salah faham yang akan berlaku.

Sumber Berita: Harian Metro


Comments are closed.

Loading...