“Izinkan Saya Untuk Berduka Malam Ini…” – Zizie Izette Kongsi Hantaran Penuh Pilu Selepas Pemergian Bung Mokhtar

Kehidupan

“Izinkan Saya Untuk Berduka Malam Ini…” – Zizie Izette Kongsi Hantaran Penuh Pilu Selepas Pemergian Bung Mokhtar

Pelakon Zizie Izette sekali lagi menyentuh hati ramai apabila berkongsi hantaran penuh emosi sehari selepas pemergian suaminya, Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin.

Menerusi Instagram Story, Zizie memuat naik video arwah melayan dua anak kecil mereka — momen lembut yang kini menjadi kenangan paling berharga. Bersama video itu, Zizie menulis luahan yang menggambarkan betapa dalamnya rasa kehilangan yang sedang ditanggung.

Advertisement

Video Bung Moktar Layan Anak-Anak Sebelum Pemergian Raih Pujian Ramai – “Lembutnya Seorang Ayah…”

Allow me to grieve tonight. Inilah dia, seorang yang selalu mengalah dengan anak-anak dan membahagiakan orang sekeliling. Berhati mulia, suka bersedekah, sentiasa menjaga solat dan bertasbih walau di mana dia berada.

Zizie turut meluahkan kerinduan yang tidak terungkap selepas tidak sempat memberikan ucapan terima kasih terakhir kepada suami yang banyak berkorban demi keluarga.

Tonight I feel completely lost, wishing I had just a little more time to hug him and thank him properly for everything he has done for our family.

Sebelum ini, Zizie telah berkongsi beberapa siri hantaran mengenai kesihatan arwah suaminya yang kian merosot, sambil meminta doa daripada orang ramai. Beliau menggambarkan Bung Moktar sebagai lelaki baik, pemurah, penyayang, rendah hati dan sentiasa menjaga ibadahnya.

zizie izette

Pemergian Bung Moktar pada usia 66 tahun meninggalkan kesan mendalam kepada arena politik Sabah dan Malaysia secara keseluruhan. Arwah disahkan meninggal dunia di Hospital Gleneagles Kota Kinabalu pada jam 1.46 pagi Jumaat akibat masalah kesihatan.

Allahyarham baru sahaja mempertahankan kerusi DUN Lamag untuk penggal kedua pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 baru-baru ini, menjadikan kehilangan tersebut lebih dirasai oleh rakyat di kawasan yang beliau wakili.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Bung Mokhtar
2025-12-05 11:26:40

Video Bung Moktar Layan Anak-Anak Sebelum Pemergian Raih Pujian Ramai - “Lembutnya Seorang Ayah…”

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...