“Izinkan Saya Bermuhasabah Untuk Urus Kehidupan Peribadi, Selama Ini Saya Letak Tepi Demi Kepentingan Negara” – Syed Saddiq

Kehidupan

“Izinkan Saya Bermuhasabah Untuk Urus Kehidupan Peribadi, Selama Ini Saya Letak Tepi Demi Kepentingan Negara” – Syed Saddiq

Di platorm TikTok, tular video memaparkan Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq meluahkan hasratnya untuk berehat sebentar daripada dunia politik bagi memberi tumpuan kepada kehidupan peribadinya.

‘Izinkan saya ambil sedikit masa untuk bermuhasabah..’

Pengumuman tersebut dibuat selepas dirinya dibebaskan daripada empat pertuduhan melibatkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) oleh Mahkamah Rayuan, semalam.

Advertisement

Izinkan saya mengambil sedikit masa untuk bermuhasabah.. untuk uruskan kehidupan peribadi saya yang selama ini saya letakkan ke tepi demi kepentingan negara di hadapan.

@scha…..a ada yg tak faham ke.. #bellaastillah #syedsaddiq #BASS ♬ MANGU Fourtwenty – Alottu

Nak fokus kepada kehidupan peribadi pula

Dapat dilihat melalui keratan klip live TikTok yang dimuat naik oleh seorang individu, Syed Saddiq berkata sudah tiba masanya untuk dia memberi ruang kepada diri sendiri serta keluarga yang selama ini sentiasa berjuang bersama-sama di belakang tabir.

Namun begitu, Syed Saddiq menegaskan keputusan itu bukannya bermaksud dia meninggalkan perjuangan atau rakyat Malaysia tetapi hanya perlu sedikit masa untuk kehidupan peribadi sebelum kembali membuat perancangan lebih besar.

Selepas itu, perancangan-perancangan lebih besar akan diumumkan dalam tempoh terdekat.

space dollah restu bella & syed saddiq kahwin
34 mins ago

"Dia Tak Pernah Romantik Macam Ni.." - Anggap Macam Yin & Yang, Space Dollah Restu Syed Saddiq & Bella Astillah Berkahwin

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...