Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Izara Aishah Tidak Mahu Tampil Seksi Dalam Lakonan

Izara Aishah menegaskan beliau tidak mahu tampil dengan imej seksi dalam menjayakan watak sesebuah drama mahupun filem.  Jika beliau terpaksa melakukan perkara tersebut, Izara akan memastikan agar pakaian yang diberikan tidak menjolok mata dan masih lagi kelihatan sopan.

Permintaan Izara itu dihormati oleh semua produksi dan mereka memberikan kerjasama yang baik ketika berada di set penggambaran.

Advertisement

Saya memang segan kalau berpakaian seksi untuk membawa watak dalam lakonan, kalau terpaksa jua saya pastikan baju tersebut tidak terlalu menjolok mata dan masih lagi sopan.

Ada beberapa pihak yang mengatakan perubahan Izara itu telah dipengaruh oleh teman lelakinya Adib Khalid. Walaubagaimanapun, pelakon jelita itu menjelaskan keputusan itu lahir dari hatinya sendiri tanpa paksaan mana-mana pihak.

Pada masa yang sama, Izara menepis dakwaan sudah berubah kepada seorang gadis yang sombong dan tidak peramah lagi sejak berteman rapat dengan Adib.

Mana ada, saya sama seperti dahulu kadang-kadang saya yang memanggil peminat untuk bergambar dengan saya disebabkan mereka malu untuk bertanya, jadi isu ini saya rasa tidak wajar diperbesarkan dan apa yang penting saya kenal diri saya yang sebenar.

Advertisement

Eloklah kalau tidak tampil seksi lagi didalam lakonan, kalau di luar juga begitu lebih baik kan. Takpe step by step Izara. Untuk kelihatan cantik dan hot tak semestinya kita kena seksi.

 

 

 

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top