Izara Aishah Tidak Mahu Lakonkan Babak 18SX Meskipun Dapat Tawaran Tinggi

Hiburan

Izara Aishah Tidak Mahu Lakonkan Babak 18SX Meskipun Dapat Tawaran Tinggi

Izara Aishah sebelum ini dihimpit kontroversi apabila berlakon babak yang agak intim bersama Remy Ishak didalam filem Pilot Cafe mempunyai pendirian sendiri apabila menolak untuk  lakukan babak dirogol ataupun berkemban meskipun pernah  ditawarkan dengan bayaran yang tinggi.

Advertisement

Ada yang tawarkan tapi mungkin mereka tidak tahu bahawa babak seperti adegan rogol atau berkemban memang Izara takkan buat. Banyak sangat cerita melayu yang suka sangat adegan rogol. Ada sesetengah mereka yang menawarkan harga yang tinggi untuk melakukan aksi tersebut. Tetapi saya berkeras menolaknya kerana itu adalah pendirian saya.

Teman wanita kepada Adib Khalid ini, mempunyai pendapat beliau sendiri mengenai isu tersebut dan telah meletakkan syarat untuk tidak melakukan aksi lampau baik di dalam drama mahupun filem.

Tengok macam mana keadaan itu logik ataupun tidak kalau nak bersentuhan itu, contohnya kalau babak mak dengan anak untuk meminta maaf seharusnya berpegangan tangan rasanya tak logik kalau tak berbuat seperti itu. Tak sedap untuk orang pandang atau tengok.

Bagi saya pula kalau adegan bersuami dalam sesebuah cerita lagi suka kalau kata adegan itu tidak perlu untuk bersentuhan atau tak payah pegang lelaki. Izara selesa kalau tak pegang semua itu, tapi tengoklah keadaan jalan cerita tetapi tetap ada batasannya.

Baguslah kalau ada pelakon di Malaysia ni berfikiran seperti Izara Aishah, kami rasa adegan peluk cium dan aksi rogol melampau ini tidak perlu sebenarnya. Jika jalan cerita drama ataupun filem itu sudah kuat, ia dah cukup untuk pikat hati penonton. Kami bagi contoh, seperti drama terbitan Sheila Rusly dan suami, boleh dikatakan ada mesej yang baik dan jalan cerita yang best tanpa adegan intim.

Sumber Berita: Malaysian Digest

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...