July 20th, 2017

Tiga tahun menyulam cinta, pelakon jelita Izara Aishah sudah pun mengikat tali pertunangan dengan Adib Khalid baru-baru ini dan mereka bakal bernikah pada 17 November depan. Sebagai artis, Izara juga tidak terlepas dengan persoalan adakah beliau takut sekiranya populariti beliau jatuh selepas bergelar isteri nanti.

Saya realistik dalam apa yang dilakukan. Dalam hidup ini, saya percaya kita dicipta untuk berpasang-pasangan iaitu melalui perkahwinan. Saya juga percaya rezeki ada di mana-mana. Peminat juga bijak menilai pelakon kesayangan tidak kira sama ada sudah berstatus bujang atau berkahwin.

Persiapan perkahwinan Izara juga nampaknya berjalan dengan lancar seperti yang direncanakan. Dalam pada itu, Izara memberitahu beliau sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai isteri.

Izara Aishah bersama tunang dan bakal ibu mertuanya

Secara jujur, saya sudah lama bersedia memikul tanggungjawab sebagai isteri. Namun, semuanya berbalik kepada rezeki dan jodoh. Alhamdulillah, perancangan ini dipermudahkan. Kita buat dan pikul tanggungjawab ini bila mampu.

Kami tidak dapat bayangkan betapa meriahnya nanti perkahwinan Izara dan Adib. Iyalah, kedua-duanya agak terkenal dalam bidang masing-masing dan mereka antara pasangan kekasih popular juga di Malaysia. Semoga segalanya dipermudahkan buat Izara dan Adib menjelang perkahwinan mereka nanti.

Sumber Berita : BH PLUS


Comments are closed.

Loading...