Izara Aishah Serah Soal Kahwin Kepada Takdir

Hiburan

Izara Aishah Serah Soal Kahwin Kepada Takdir

Hubungan cinta yang terjalin antara pelakon Izara Aishah bersama anak tiri Datuk Siti Nurhaliza, Adib Khalid bukan lagi satu rahsia. Mereka antara pasangan yang sering mencuri tumpuan ramai bukan? Kata orang ibarat “perfect couple” sama cantik sama padan.

Advertisement

Agak lama juga mereka sudah bercinta dan hampir setiap hari peminat Izara bertanya bila agaknya beliau dan Adib akan mendirikan rumah tangga?

Menjawab persoalan tersebut, Izara memberitahu beliau dan Adib tidak mempunyai rancangan tertentu dan menyerahkan soal perkahwinan kepada ketentuan takdir.

Tidak ada perancangan tertentu. Kalau ada jodoh dalam waktu terdekat ini, saya terima sahaja. Apa pun saya lebih senang biarkan takdir menentukan segalanya. Saya percaya, kalau sudah sampai serunya, kahwinlah saya nanti.

Izara akui beliau sebelum ini agak sukar untuk berbicara soal percintaan beliau kepada umum kerana kekasihnya tidak berada didalam bidang yang sama. Walaubagaimanapun, sejak Adib menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tune Studios/Tune Records yang turut terlibat dalam bidang hiburan, Izara kini lebih terbuka untuk berkongsi kisah mereka.

Pada masa yang sama, Izara juga memberitahu beliau dan Adib kini jarang berjumpa kerana sibuk dengan kerjaya masing-masing.

Sekarang ini pun saya dan Adib jarang berjumpa kerana sibuk dengan kerjaya masing-masing . Saya percaya dia, jadi tidak perlulah berjumpa setiap hari.

Saya akui dulu saya lebih senang mendiamkan diri kalau ditanya soal cinta kerana kami berlainan bidang, agar sukar untuk dijelaskan. Apabila kita berada dalam bidang yang sama, jadi masing-masing faham tugas. Sekarang ini pun saya dan Adib jarang berjumpa kerana masing-masing sibuk. Saya percaya dia, jadi tidak perlulah berjumpa setiap hari.

Jangan terburu-buru dalam soal perkahwinan dan biarlah diri Izara dan Adib sendiri betul-betul bersedia untuk bergelar suami isteri. Banyak perkara yang perlu difikirkan bila berkahwin. Tidak mengapa, just go with the flow. Kenal dahulu pasangan dengan lebih mendalam.

Sumber Berita : Utusan Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...