Tidak dapat kami sangkal lagi pasangan Izara Aishah dan Adib Khalid antara pasangan yang sama cantik dan sama padan dan paling favourite peminat industri hiburan tempatan. Seorang pelakon jelita manakala seorang lagi CEO muda,kacak dan bergaya.
Ramai yang tertanya bila agaknya mereka akan berkahwin, apatah lagi setelah adik Adib iaitu Asyraf Khalid melangkah bendul abangnya apabila sah bergelar suami kepada seorang aktres Indonesia pada hari Ahad lepas.
Bertanya mengenai perancangan perkahwinan mereka, Izara menyerahkan soal itu kepada Adib.
Walaubagaimanapun, sebelum ini Izara pernah memberitahu belum bersedia untuk bergelar isteri kerana ingin berjaya dalam bidang lakonan.
Tidak mengapa,dalam mengenali hati budi seseorang lebih baik kita tidak terburu-buru. Iyalah, soal kahwin ini bukan senang,biar betul-betul dah bersedia pikul tanggungjawab masing-masing dalam ruah tangga sebelum sebarang perancangan ke arah itu.