Nama Izara Aishah sememangnya sinonim dengan sikap teliti dan penekanan terhadap kualiti dalam setiap perkara yang dilakukannya. Terbaharu, pelakon jelita itu sekali lagi mencuri perhatian apabila bekerjasama dengan usahawan sensasi, Dato’ Seri Aliff Syukri, dalam mempromosikan beg tangan jenama AS.
Namun di sebalik kolaborasi tersebut, Izara mendedahkan terdapat kisah menarik yang dikongsikan sendiri olehnya menerusi media sosial.

Menerusi satu hantaran, Izara berseloroh menyatakan Aliff Syukri seolah-olah “terpilih” untuk bekerjasama dengan seorang wanita yang sangat cerewet. Menurutnya, setiap beg tangan yang dipromosikan telah dipilih sendiri olehnya bagi memastikan aspek kualiti serta cita rasa menepati standard yang diinginkan.
Pelakon itu turut berharap agar peminat dan pembeli akan menyukai pilihan yang dibuat dengan penuh ketelitian tersebut.
“Jadi Dato’ Seri Aliff Syukri memilih untuk bekerja dengan wanita yang sangat cerewet ini. Saya pilih sendiri beg-beg ini dan harap anda semua sukakannya,” tulis Izara.
Perkongsian itu mencetuskan reaksi positif dalam kalangan warganet yang rata-ratanya memuji sikap profesional Izara serta menghargai kejujurannya dalam memastikan produk yang dipromosikan benar-benar berkualiti.
Kolaborasi tersebut dilihat sebagai gabungan dua personaliti berbeza namun saling melengkapi, sekali gus menarik perhatian ramai di media sosial.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

