Pelakon popular, Izara Aishah menerusi akaun Twitternya meluahkan rasa kecewa dengan sikap ‘asal boleh’ sebuah pihak produksi yang memberikannya pakaian ataupun ‘wardrobe’ merepek. Penampilannya itu sangat tidak sesuai dengan karakter yang beliau bawakan.
Izara juga sempat memuat naik beberapa foto pakaian yang disediakan dan yang paling lucu serta mendapat perhatian ramai ialah Izara terpaksa mengenakan satu set baju tidur corak bunga bersama topi dan kasut keselamatan.
Izara menjelaskan isu ini bukanlah gimik mahupun strategi pemasaran untuk melariskan lagi drama tersebut tetapi perkara ini benar-benar terjadi kepada dirinya. Tambah Izara, jika hendak tegur, beliau akan dianggap diva dan cerewet pula.
Lain macam betul fesyen yang ingin diketengahkan, kata orang memang ‘rare’ habis. Heh. Apa-apa pun, kami harap pihak produksi boleh berbincang secara baik dengan Izara untuk menyelesaikan isu ini.

Anonymous
November 19, 2018 at 3:40 pm
orang yang sponsor baju tu mana tahu baju apa time bila.
ni memang tanggungjawab wadrobe.pengarah pun kenelah aware bende ni.jaga kualiti biarlah secara holistik
Matahati
November 19, 2018 at 3:09 pm
Tah2 mmg karekter watak dia mcmtu
Takda harapan
November 20, 2018 at 8:30 pm
Jadi dia tak faham watak dia apa? Banyak tol orang bodoh alahai. Tengok tempat tu pun aku tau xsesuai… tak perlu baca skrip dia. Isk!
Why bother
November 19, 2018 at 2:11 pm
Nasib baik cantik.. Pakai apa pun cantik..
benci thought
November 19, 2018 at 1:14 pm
jangan sedut cawan kerap sangat izara mulut ko dah jadi pelik
Anonymous
November 19, 2018 at 12:42 pm
Rasanya mcm gimmick je ni.