Kalau tak kenal, Abang Nara kemungkinan besar akan beranggapan gadis yang menghiasi muka depan majalah EH! April 2012 ialah seorang gadis Eropah. Sememangnya solekan Izara Aishah kali ini menampilkan sisi elegan ala-ala barat. Tak gitu?
Apa yang Abang Nara suka tentang Izara Aishah ialah kepopularitiannya meningkat bukan kerana kontroversi. Dibandingkan dengan rakan-rakan seperjuangan yang lain, boleh dikatakan Izara bebas kontroversi.Semoga Izara terus kekal sebegini dan buktikan dengan hanya bakat pun seseorang itu boleh jadi popular.