April 29th, 2019

Sejak kebelakangan ini, tidak dinafikan watak wanita lemah, menjadi mangsa keganasan rumah tangga dan rogol mendapat sambutan. Iyalah, dalam hati penonton akan timbul rasa kasihan dan simpati, lebih-lebih lagi kalau jalan cerita sesebuah drama ataupun filem itu juga sedih. Ibarat sebagai “pelaris” pula watak sebegitu.

Namun, buat pelakon Izara Aishah beliau enggan lagi melakonkan watak sebegitu yang secara tidak langsung membuatkan lelaki pandang rendah pada wanita. Izara mahu membawa watak yang mengangkat lagi martabat wanita.

Saya menolak untuk melakonkan watak wanita lemah, dipukul, dirogol dan ditindas golongan lelaki selepas ini. Cukup-cukuplah cerita kaum lelaki yang memandang rendah dan menindas kaum wanita kerana zaman itu sudah berlalu.

Saya memilih untuk melakonkan watak wanita yang kuat, tabah dan berdikari dalam menempuh kehidupan. Kaum wanita memang nampak lembut di luar tetapi dalamannya kuat dan masih ada perasaan hormat yang tinggi kepada kaum lelaki sebagai pemimpin.

Betul juga apa yang dikatakan oleh Izara, dah tiba masa untuk hasilkan drama dan filem yang mengangkat martabat wanita. Bukannya selalu ditindas dan dianggap sebagai insan yang lemah. Apa komen anda?

Sumber Berita : Harian Metro

30 responses to “Izara Aishah Enggan Lakonkan Watak Wanita Lemah Dan Ditindas”

  1. Intan says:

    Seriously aku dah malas dengan watak wanita kena pukul mcm si nabila huda ngan satu lagi actress tu tak ingat nama . Ashik watak kena pukol je. Mcm perempuan ni hidup kena pukol je ke..

  2. Mug Kuning says:

    Gambar 1st tetek mantap.

  3. Ros says:

    Ni Malaysia izaraa oi. Jantan and betina melayu memang suke tgk drama level bibik macam Nur2. Ditindas2 tu yang best. Mentailiti melayu kan feudal macam indian. Bertabahlah nak.

  4. Anonymous says:

    kau jdi watak mak datin yg tegas, mak datin yg ego berlagak, mak datin yg cemburu, mak datin bini kepada ahli politik, atau pompuan pengoda, atau pompuan penghasut, atau pompuan yg berani demi keluarga dan negara, atau jadi mak ayam, atau jdi wanita korporat , atau jdi ibu tunggal kaya tpi erogant kacau laki org, semua tu unsur2 wanita yg tidak lemah.

    unsur2 wanita lemah, ko sendiri tahu kan.

  5. Anonymous says:

    kuhahhahaahaa, masalahnya ada ke yang nak amik ko belakon. nasib baik ko khawin org kaya, klu tak, watak bibik pun ko terima je.