Baru-baru ini, pelakon serta usahawan, Izara Aishah telah mencuri perhatian ramai selepas tular video memaparkan dirinya membuat siaran langsung di platform TikTok bagi menjual tudung jenamanya.
Nama Izara menjadi perhatian ramai susulan tindakannya yang bersikap sarkastik membalas pertanyaan netizen dianggap garang dan baran.
Bahkan, tindakannya meninggikan suara ketika membuat live TikTok menyebabkan ramai yang takut untuk menekan ‘beg kuning’ yang telah disediakan.
Biarpun dirinya dilabel garang, ramai peminat yang mempertahankan tindakan pelakon terbabit dan merasakan Izara bersikap realistik.