Wow. Pasti ramai yang tertanya-tanya apakah status hubungan Izara Aishah dan Adib Khalid. Mana tidaknya, Adib Khalid telah membuat ‘suprise birthday party’ buat Izara Aishah baru-baru ini. Selalu kalau dah sampai tahap buat ‘suprise’ nie, mestilah hubungan lebih daripada sekadar kawan biasa. Mesti dalam hati ada tertanam sedikit perasaan sayang. Hmmmm. Adakah mereka berdua kini dalam fasa bercinta?
Tambah menarik apabila ibu tiri Adib iaitu Datuk Siti Nurhaliza telah berkongsi sekeping gambar sambutan hari jadi Adib di mana Izara Aishah turut berada di dalam gambar tersebut. Memang banyak persoalan bermain di kepala Abang Nara apabila melihat gambar ini. Iyerlah, kalau dah ada bersama keluarga Adib ketika sambutan hari jadi, maksudnya Izara memang ‘someone special’. Tak gitu?
Malah Izara juga tidak segan silu berkongsi gambar dirinya dan Adib di akaun Instagramnya sejak kebelakangan ini. Ramai peminat yang tertanya-tanya status mereka. Kalau bercinta pun ramai yang nampaknya suka. Memang mereka berdau sama cantik dan sama padan. Harap-harap hubungan mereka lebih daripada sekadar kawan biasa.
Semoga Izara dan Adib akan tampil untuk membuat penjelasan dalam masa terdekat ini. Tak sabar nak tahu status mereka. Excited pulak rasanya. Anda pula bagaimana?