‘IWK Fitness & FILM 2023’ Suntik Semangat Kesukanan & Cintakan Negara Sempena Hari Malaysia

Gaya Hidup

‘IWK Fitness & FILM 2023’ Suntik Semangat Kesukanan & Cintakan Negara Sempena Hari Malaysia

Sempena sambutan Hari Malaysia 2023, IWK Eco Park @ Pantai Dalam, sebuah taman sukan dan rekreasi awam yang diuruskan oleh Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd menganjurkan program “IWK Fitness & Film 2023” bagi menyuntik semangat kesukanan dan patriotik di kalangan komuniti setempat.

Program ini bertujuan untuk meningkatkan penglibatan syarikat dengan masyarakat, terutamanya komuniti setempat, di samping menghayati semangat perpaduan Hari Malaysia.  

Advertisement

Aktivit menarik meriahkan IWK Fitness & Film 2023

IWK

Pelbagai aktiviti sihat yang diadakan seperti Zumba dan Yoga. Pengunjung juga dihiburkan dengan wayang pacak atau menonton filem di taman yang digelar “Movie Under The  Stars”. 

iwk

Pengajar selebriti dari Hippiehubstudio seperti Atilia Haron, Hanif Shawn dan Yasmin Hani  telah mengetuai aktiviti Zumba dan Yoga.

Pada sebelah malamnya, sesi tayangan filem berkonsepkan ‘di bawah bintang’ bermula  dengan filem bertajuk, “Ola Bola”. Pemilihan filem ini adalah bertujuan untuk  menyemarakkan semangat perpaduan di kalangan rakyat Malaysia, selain jalan cerita yang  bersahaja telah mencuit hati para penonton.

iwk bn

Di samping itu, para pengunjung juga dapat  meluangkan masa di kawasan reruai jualan dan trak saji yang menyediakan pelbagai  makanan, minuman serta barangan lain. 

“Melalui program ini, kami berharap agar semua pengunjung dapat mencipta kenangan indah  dengan menghayati suasana tenang dalam kehijauan taman. Ini adalah bukti usaha  berterusan IWK dalam mempromosikan amalan gaya hidup sihat yang turut menyumbang  terhadap kelestarian alam sekitar,” kata Wan Esuriyanti Wan Ahmad, Ketua Komunikasi  Korporat IWK. 

IWK turut menganjurkan “Kejohanan Futsal Piala IWK” yang menghimpunkan 16 pasukan  yang terdiri daripada penggemar sukan Futsal. Perlawanan persahabatan ini bertujuan  mencungkil bakat sukan dan memupuk semangat berpasukan. 

“Kami berharap, acara sebegini dapat memberi inspirasi kepada masyarakat untuk  mengambil peranan aktif ke arah masa hadapan yang lebih sihat dan hijau. Sama-sama kita  berganding bahu menjaga dan pertahankan kelestarian alam sekitar demi kesejahteraan  generasi akan datang,” kata Wan Esuriyanti. 

Terletak kira-kira 10 kilometer dari pusat bandar Kuala Lumpur, IWK Eco Park merupakan  tempat yang sesuai untuk pelbagai aktiviti dan acara. IWK Eco Park @ Pantai Dalam  menempatkan dewan komuniti serbaguna untuk tujuan perayaan, majlis dan acara korporat,  kawasan untuk berkelah dan BBQ, trek joging dan berbasikal, serta pelbagai kemudahan  sukan termasuk gelanggang badminton, futsal, tenis, sepak takraw dan banyak lagi. 

Untuk maklumat lanjut mengenai IWK Eco Park @ Pantai Dalam atau tempahan bagi kemudahan sukan dan rekreasi, sila layari www.ecopark.iwk.com.my atau hubungi 03-22 420  420. 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...