IVF Catat Kadar Kehamilan 32%

Trending

IVF Catat Kadar Kehamilan 32%


Bagi pasangan yang masih belum memiliki zuriat, cubalah kaedah persenyawaan luar rahim atau in-vitro (IVF) yang telah dicatatkan kadar kehamilan sebanyak 32%. Dimana ia  dapat memberi peluang kepada semua orang di luar sana mendapatkan zuriat tersendiri.

Dipetik Berita Harian, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata kejayaan itu berada pada tahap yang membanggakan dan setanding dengan kejayaan dunia serta sejajar dengan perkembangan teknologi semasa.

Advertisement

Terdapat 52 pusat Perkhidmatan Reproduktif dan Tabung Uji bagi sektor swasta manakala 4 lagi di hospital kerajaan iaitu Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Hospital Kuala Lumpur (HKL), Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas di Sabah dan Hospital Sultanah Nur Zahirah di Terengganu.

Setakat ini, seramai 400 bayi sudah dilahirkan menerusi kaedah IVF di HSB sejak rawatan berkenaan diperkenalkan pada tahun 2009.

Sebuah pusat baharu turut akan mula beroperasi di Hospital Raja Perempuan Bainun di Ipoh, Perak dalam masa terdekat.

Beliau berkata perkhidmatan yang disediakan dapat meningkatkan kedatangan warganegara luar, sekali gus merancakkan lagi industri pelancongan kesihatan di negara ini.

Justeru, kita berharap dapat menambahbaik kemudahan merangkumi pertambahan jabatan supaya prestasi hospital selaras dengan perkembangan teknologi.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...