October 23rd, 2020

Pelakon dan pengacara Scha Al-Yahya secara tiba-tiba telah dilihat memadam akaun Instagram miliknya selepas memuat naik sebuah status di Instagram Story yang bertulis “I’ve had enough!”.

Kehilangan Scha di media sosial ternyata telah mencetuskan tanda tanya dan kebimbangan di kalangan peminat serta pengikut instagramnnya.

Lantaran itu, peminat mula membanjiri ruangan komen Instagram suaminya iaitu pengacara Awal Ashaari dengan bertanyakan ke manakah isterinya itu menghilangkan diri. Ada pula netizen yang membuat spekulasi bahawa Scha bertindak memadam media sosialnya itu mungkin kerana sedang marah atau merajuk.

Selain itu, ada juga yang mengsyaki bahawa Instagram Scha telah digodam pihak yang tidak bertanggunjawab. Meskipun dihujani soalan daripada peminat, Awal tidak tampil memberi sebarang komen di atas perbuatan isterinya itu.

Mungkin juga gangguan hormon ibu mengandung, peminat Scha rata-rata mendoakan kesihatan dan keselamatan aktres itu memandangkan dia kini sedang berbadan dua.


3 responses to ““I’ve Had Enough!” Nyah Aktif Akaun Instagram, Peminat Risau Keadaan Scha Al-Yahya”

  1. terkomen says:

    sy dlu mengandung jgk, truk mual loya sampai bersalin, bby pkp 30/3/20..Alhamdulillah selamat semuanye,.., suami buat hal ke, mertua buat hal ke, chil2 la.. tp xde la nk meroyan kt ig.. klau cmtu pas mengandung jgn ade hati bukak ig balik dh la ye.. byk2 zikir semoga dipermudah kn segala urusan awak ye..

  2. feldegast says:

    Standard la artis buat trick macam-macam bagi nama trending. Asyik artis pelacur, scammer, neelofa je naik. Kalau tak bagi nama trending nanti sendu la nama. Sekali dia buat habis semua portal keluar cerita pasal dia. Nanti trending la kat twitter and ig semua.

    Korang jgn tak tahu ye, artis ni kadang-kadang gossip bercinta tu pun ada yang dirancang sesama diorang supaya trending padahal tak bercinta pun.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...