Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Itulah Arwah Abah, Insan Suka Bergurau..” Tokti Imbau Kenangan Bersama Arwah Abah Tercinta Di Instagram

Penyanyi kesayangan negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza atau lebih mesra dipanggil Tokti di kalangan peminat baru-baru ini ada memuat naik foto kenangan arwah ayahnya, Taruddin Ismail di laman instagram miliknya.

Sekadar mengimbau memori, penyanyi lagu Anta Permana itu telah mengimbau saat-saat manis bersama abah tercinta.

Advertisement

Menurut Tokti, arwah ayahnya itu disifatkan sebagai seorang yang suka bergurau bersama anak-anak.

View this post on Instagram

Al fatihah buat Ayahnda tercinta .. ?? Arwah abah pernah bergurau dengan saya.. katanya, kalau orang tanya macamana suara Ct sedap? bagitau depa sebab Ct selalu makan ikan abah pancing .. itulah Arwah Abah , insan yang suka bergurau .. tapi sememangnya betul, lauk saya makan dulu , kebanyakkannya memang ikan yang arwah abah pancing.Itulah rezeki untuk anak anak … nak makan ayam atau daging tunggu dapat gaji , baru boleh enjoy lebih skit.. gaji Rm 700 untuk 7 anak bersama isteri tercinta.. Tapi bila bersyukur, Allah swt bagi lebih.. itu menjadi pegangan saya .. Bersyukur, Bersyukur & Bersyukur….

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

“Al-fatihah buat ayahanda tercinta.. Arwah abah pernah bergurau dengan saya. Katanya kalau orang tanya macam mana suara CT (Tokti) sedap? Bagitau depa sebab CT selalu makan ikan abah pancing. Itulah arwah abah, insan yang suka bergurau..”

Advertisement

Menulis panjang di ruangan kapsyen foto tersebut, tokti mengakui ketika zaman dia masih kecil, makan yang dijamah sehari-hari adalah hasil daripada umpan ikan yang dipancing arwah ayahnya.

View this post on Instagram

 

Advertisement

????. . 24 tahun dalam industri muzik. 18 album solo (studio). . Kelmarin yang telah kita tinggalkan adalah perjalanan yang pernah kita mulakan. ManifestaSITI2020. 3 Julai 2020. . ? @bustamammokhtarofficial. ? @shanellharun ? @epie_temerloh [email protected] [email protected] #manifestasiti2020

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

 Menurutnya lagi, hanya ketika gaji yang pada waktu itu diperolehi sekitar RM700 sebulan, barulah mereka sekeluarga dapat menikmati makanan yang enak-enak yang dikongsi bersama 7 orang adik-beradik lain bersama ibu tersayang.

Namun, akhirinya, hanya dengan perasaan syukur atas apa yang diberi oleh Allah S.W.T sahaja yang menjadi pegangan Tokti sehingga ke hari ini.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top