Pelakon popular drama Nur, Amyra Rosli mengundang kecaman ramai selepas dia memuat naik gambar meraikan hari jadi anak, Ayra Aryssa yang sudah menginjak usia satu tahun.
Menerusi beberapa keping foto yang dimuat naik, Amyra Rosli dan keluarga kecilnya dilihat bergambar dengan sebuah kek yang sudah ‘terbaring’.
View this post on Instagram
Perkongsian tersebut ternyata mengundang rasa tidak senang netizen dan mereka mendakwa pasangan selebriti tersebut tidak sensitif dengan keadaan semasa. Mereka turut menasihati pasangan itu supaya beradab dengan makanan serta mengajar anak-anak untuk mensyukuri rezeki.
Walau bagaimanapun, ada yang beranggapan kek tersebut hanyalah ‘dummy’ yang diletakkan krim di atasnya. Hmm betul juga kan?