Abang Nara hanya mampu tersenyum sini selepas membaca kenyataan daripada Kak Noi yang merupakan Pengurus Produksi drama Izinkan Aku Mencintaimu yang dibintangi oleh Aliff Aziz dan Afifah Nasir. Sebelum ini, Afifah Nasir ada memaklumkan yang pertemuannya dengan Aliff Aziz di pusat karaoke adalah atas urusan kerja. Malah Afifah turut memaklumkan yang pihak produksi akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung isu ini.
Sekiranya anda berharap pihak produksi drama tersebut akan tampil menjelaskan apa yang terjadi, silalah berhenti berharap. Kak Noi yang merupakan Pengurus Produksi memaklumkan yang mereka tidak tahu menahu urusan “kerja” yang dimaksudkan oleh Afifah Nasir. Kata Kak Noi:-
Kami tidak tahu apa yang mereka lakukan di luar lokasi penggambaran. Buat apa saya nak bohong. Ini urusan peribadi mereka dan pihak produksi tidak masuk campur.
Malah kami juga tidak ada sebarang urusan dengan mereka di pusat karaoke itu kerana kami masih sibuk menghabiskan babak lain.
Alamak macam mana nie Afifah? Pihak produksi yang diharapkan untuk menjernihkan keadaan enggan bersekongkol dengan anda. Adui. Nampak gayanya memang mereka berdua bertemu atas urusan peribadi. Mungkin mereka mahu berlatih untuk memantapkan lagi chemistry. Iyerlah, berlakon kena ada chemistry baru penonton boleh tangkap feel. Tak gitu? Kalau betul berlatih, ia satu usaha yang harus dipuji. Bukan senang nak jumpa artis baru yang sanggup bekerja keras di luar waktu penggambaran. Tak gitu? Apa kata anda? Sumber Harian Metro.