“Itu Tanggungjawab Semua Lelaki Dan Suami” – PU Riz Beri Peringatan Kepada Para Suami Soal Nafkah

Hiburan

“Itu Tanggungjawab Semua Lelaki Dan Suami” – PU Riz Beri Peringatan Kepada Para Suami Soal Nafkah

Usahawan dan pendakwah selebriti, Haris Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz telah menjadi perhatian warganet apabila dia mengulas tanggungjawab suami dalam menjaga nafkah isteri.

Memetik dari Murai.my PU Riz menegaskan bahawa semua lelaki yang sudah berkahwin harus memberi nafkah kepada isteri dan ini adalah kewajipan yang tidak boleh diabaikan.

Advertisement

Pendakwah itu turut menjelaskan tanggungjawab membayar bil dan perbelanjaan adalah sebahagian daripada tuntutan nafkah yang wajib diberikan kepada isteri.

Secara mudahnya, itu tanggungjawab semua lelaki dan suami, bukan saya sorang sahaja.

pu riz

Pendakwah itu menambah bahawa tiada apa yang perlu dibanggakan tentang tanggungjawab ini kerana ia umpama solat yang merupakan kewajipan setiap umat Islam.

Kenyataan ini telah mendapat perhatian warganet dan ramai yang memberikan pendapat masing-masing soal isu ini namun PU Riz tetap teguh dengan pendiriannya bahawa suami harus mengambil alih tanggungjawab kewangan dalam keluarga.

Neelofa kongsi cara PU Riz beri nafkah
1 month ago

Tak Pernah ‘Sentuh’ Bil Sejak Kahwin, Neelofa Kongsi Cara PU Riz Beri Nafkah - “Bil Api, Air, Sewa, Grocery Semua...”

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Murai.My

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...