Pelakon veteran, Norlia Ghani menerusi satu temubual di sebuah podcast menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang mendakwa seniman Allayarham P Ramlee hidup susah di akhir hayatnya.
Norlia menerusi podcast yang dikendalikan Adlin Aman Ramlie bersama Datuk Khairul Anwar Salleh berkata, Allahyarham tetap menerima tawaran persembahan meskipun sudah tidak lagi popular pada ketika itu.
Itu semua tipu (hidup susah) sebab walaupun berada di fasa kejatuhan, arwah tetap dipanggil untuk membuat ‘show’ dan sebagainya.
Kemudian, tak adalah pula dia sampai nak kena minta pada orang untuk makan ke apa.
Dia masih lagi boleh buat lagu dan mengarang juga ketika itu. Lagu arwah pula ada bayaran ‘royalty’ dan tak adalah sampai papa kedana pun.
Malah, ibu kepada pelakon Rusdi Ramli itu juga tidak mengerti masih ada yang membawa cerita P Ramlee hidup dalam keadaan daif di hujung hayatnya.
Jadi, saya tak faham yang sampai hari ini pun ada juga pihak boleh cakap macam itu (P. Ramlee hidup susah).
Sekadar info, Allahyarham P. Ramlee menghembuskan nafas terakhir pada 29 Mei 1973 akibat serangan jantung.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.