“Itu Sebab Saya Tak Kahwin Dengan Lelaki Melayu” – ‘Influencer’ Bengkung Mohon Tidak Dimadukan, Tapi Kena Kecam Pula

Kehidupan

“Itu Sebab Saya Tak Kahwin Dengan Lelaki Melayu” – ‘Influencer’ Bengkung Mohon Tidak Dimadukan, Tapi Kena Kecam Pula

Hangat diperkatakan sejak dua tiga hari ini mengenai isu poligami gara-gara video seorang ‘influencer’ yang dikenali sebagai Abang Tesla menjadi tular di media sosial.

Gara-gara video kahwin dua daripada Abang Tesla itu, pensohor media sosial dan juga usahawan, Sasha Abdul turut memberikan sedikit respon mengenai isu tersebut.

Advertisement

Dalam video TikTok yang dimuat naik Sasha, dia meluahkan rasa lega kerana tidak berkahwin dengan lelaki Melayu.

Kisah Abang Tesla buat saya teringat kenapa memilih untuk tidak berkahwin dengan lelaki Melayu.  Alhamdulillah saya dapat suami bukan Melayu tapi dia masuk Islam.

Sasha juga berharap dirinya tidak dimadukan suami suatu hari nanti.

Meskipun hantaran tersebut hanyalah sekadar gurauan semata-mata, namun lain pula reaksi netizen yang rata-ratanya tidak senang dengan pendapat ibu kepada dua anak itu.

Kata netizen, hati manusia berbolak balik dan tidak perlu merasa riak dengan apa yang dimiliki pada ketika ini.

Ujar mereka lagi, terlalu ramai wanita ‘berani’ bergelar penyondol dan gemar mengganggu rumah tangga orang lain, tidak kiralah suami lelaki Melayu atau tidak.

TikTokSumber : TikTok  

Doa yang baik-baik je okay!

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Dais Syed
8 months ago

"Keturunanmu Juga Akan Merasa Kifarah" - Wanita Dakwa Jadi Mangsa Gangguan Seksual Da'i Syed Bersumpah Di TikTok

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...