Hangat diperkatakan sejak dua tiga hari ini mengenai isu poligami gara-gara video seorang ‘influencer’ yang dikenali sebagai Abang Tesla menjadi tular di media sosial.
Gara-gara video kahwin dua daripada Abang Tesla itu, pensohor media sosial dan juga usahawan, Sasha Abdul turut memberikan sedikit respon mengenai isu tersebut.
Dalam video TikTok yang dimuat naik Sasha, dia meluahkan rasa lega kerana tidak berkahwin dengan lelaki Melayu.
Kisah Abang Tesla buat saya teringat kenapa memilih untuk tidak berkahwin dengan lelaki Melayu. Alhamdulillah saya dapat suami bukan Melayu tapi dia masuk Islam.
Sasha juga berharap dirinya tidak dimadukan suami suatu hari nanti.
Meskipun hantaran tersebut hanyalah sekadar gurauan semata-mata, namun lain pula reaksi netizen yang rata-ratanya tidak senang dengan pendapat ibu kepada dua anak itu.
Kata netizen, hati manusia berbolak balik dan tidak perlu merasa riak dengan apa yang dimiliki pada ketika ini.
Ujar mereka lagi, terlalu ramai wanita ‘berani’ bergelar penyondol dan gemar mengganggu rumah tangga orang lain, tidak kiralah suami lelaki Melayu atau tidak.
Doa yang baik-baik je okay!
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.