“Itu Sahaja Saya Boleh Bantu Dari Jauh..” – Meerqeen Kirim Doa Untuk Rakyat Palestin, Netizen Tetap Pakat Boikot

Hiburan

“Itu Sahaja Saya Boleh Bantu Dari Jauh..” – Meerqeen Kirim Doa Untuk Rakyat Palestin, Netizen Tetap Pakat Boikot

Baru-baru ini, aktor popular Meerqeen telah memuat naik satu hantaran di Instagram story menitipkan doa untuk saudara-saudara Islam yang sedang berjuang di Palestin.

Semoga semua pemberian sampai

Berdasarkan hantaran yang sama, pelakon ini juga berharap agar sumbangan yang dihulurkan olehnya segera sampai kepada mereka yang sedang memerlukan bantuan. Tambah pelakon drama Melur Untuk Firdaus ini, dia turut berdoa agar doa-doanya itu dikabulkan oleh Allah SWT.

Advertisement

Semoga semua pemberianku sampai pada semua yang ada di Palestin Ya Allah. Amin Ya Rabb. Itu sahaja yang saya boleh bantu dari jauh.

 

Ya Allah Ya Ghafur, ampuni kami, maafkanlah kami yang tidak punya kemampuan membebaskan Masjidil Aqsa. Yang hanya mampu mempersembahkan sebuah doa. Kabulkanlah doa kami dan harapan orang-orang Palestin, Amin Allahumma amin.

meerqeen

Netizen boikot

Setakat ini, Meerqeen belum mengeluarkan sebarang kenyataan menjawab kepada isu namanya diboikot oleh orang ramai. Ruangan komen ini Instagram aktor ini juga dibanjiri dengan netizen yang kecewa dengan tindakan Meerqeen yang didakwa bekerjasama dengan jenama luar yang menyokong Israel.

Dimana rasa emphaty kamu terhadap saudara-saudara Islam kamu di Palestin? Apa kamu akan jawab dihadapan Allah..

 

Selamat anda terdaftar sebagai artis #blockout2024

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Meerqeen (@meerqeen)

Sekadar info, gerakan Blockout 2024 ini dilancarkan susulan Met Gala 2024 yang berlangsung pada hari sama Palestin diserang oleh tentera Israel. Tujuan netizen memulakan gerakan ini adalah bagi memboikot selebriti yang tidak menyokong dan bersurara tentang Palestin.

awal ashaari
1 month ago

"Beliau Sendiri Pernah Jadi Duta Jenama Israhell" - Awal Ashaari Terkilan Dengan Wardina, Anggap Guna Agama Cipta Kebencian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...