Penyanyi terkemuka di Malayisa, Dato’ Seri Siti Nurhaliza menyatakan rasa kecewanya apabila pos yang dimuatnaik di akaun peribadi Instagramnya mula disekat oleh Instagram kerana berkaitan dengan isu peperangan Palestin.
Siti Nurhaliza yang lebih mesra dipanggil Tok Ti ini terlihat tak berhenti menunjukkan solidariti terhadap negara Palestin terutama di Instagram storynya. Dia juga sering berkongsi aktiviti Yayasan Nurjiwa yang ditubuhnya pada 2006.
Posting saya mengenai Palestin sudah mula kena block. Tak apa, usaha diteruskan.
View this post on Instagram
Menerusi perkongsian yang sama, Tok Ti berharap agar media sosialnya tidak diganggu untuk tujuan meneruskan sokongan dan memberi kesedaran kepada orang ramai.
Setiap tangan yang menghulurkan kami terima dengan keikhlasan dan kami akan salurkan secara berterusan.
Baginya, akaun itu adalah ruang ‘perjuangan’ bagi menyalurkan bantuan menerusi Yayasan Nurjiwa. Bukan itu sahaja, untuk mereka yang telah memberi bantuan, penyanyi itu juga akan berkongsi bukti bantuan diberi kepada rakyat Palestin.
Bukan itu sahaja, kami sertakan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.