“Itu Rezeki Saya, Henti Tanya Benda Yang Tak Sepatutnya..” – Nabila Huda

Hiburan

“Itu Rezeki Saya, Henti Tanya Benda Yang Tak Sepatutnya..” – Nabila Huda

Baru-baru ini, setelah diumumkan pengunduran Awal Ashaari dan Janna Nick sebagai pengacara di program hiburan terkenal iaitu Melodi, TV3 mengesahkan pengacara yang bakal mengganti program tersebut ialah pelakon, Nabila Huda. Pelakon tersebut mengakui tidak menyimpan perasaan tak sedap hati apabila terpilih untuk mengacara program terkenal itu.

3 years ago

Nabila Huda Dipilih Sebagai Pengacara Baru Melodi

Advertisement

Menurut Nabila atau mesra dipanggil sebagai Abil, dia percaya semua yang berlaku merupakan rezeki yang telah ditetapkan dan meminta orang ramai untuk tidak mempersoalkannya lagi.

Semua ini adalah rezeki yang Allah nak bagi dan saya percaya pada perkara itu. Jadi, orang lain boleh berhenti tanya benda-benda yang tak sepatutnya sebab apa hak kita untuk tanya kenapa orang ni dapat rezeki.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu)

Memetik dari sesi temubual bersama Gempak, Abil turut berkata bahawa dia juga ada bertemu dengan bekas pengacara Melodi iaitu Awal Ashaari untuk meminta pendapatnya bagi mengacara program itu dengan baik.

Sudah tentu saya ada cakap dengan Awal sebab kita tak tahu, kita baru lagi.

Nabila Huda MelodiSumber : IG Nabila Huda  

Abil turut berkata dia masih tidak lagi memikirkan trademark sebagai seorang pengacara baru namun berjanji akan memberi penyampaian berbeza bagi memberi kelainan untuk program sensasi itu.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik. 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...