Pelakon dan pelawak, Joey Daud bersuara isu melibatkan isterinya, Watie yang sebelum ini menjadi kecaman ramai dek pemakaian di konsert Elite yang dipertikaikan tidak sesuai dengan usia.
“Masih menutup, pakai dengan skirt..”
Mengulas mengenai kecaman itu, Joey atau nama sebenar, Zulkifli Daud berkata pemilihan pakaian berkemungkinan sebahagian daripada tuntutan persembahan serta kehendak penaja.
Itu adalah show, rancangan hiburan. Mungkin kehendak sponsor dan kehendak produksi itu sendiri. Saya rasa bukanlah sampai mencolok mata sangat. Dia masih menutup, pakai dengan skirt.
View this post on Instagram
Dalam pada masa yang sama, suami Watie itu juga merasakan komen negatif yang dilemparkan oleh mencerminkan cari pemikiran segelintir pihak yang lebih cenderung mencari kesalahan berbanding usaha artis tersebut.
Kenapa Watie menangis?
Cuma ada bagusnya juga, sekurang-kurangnya kita lebih bersedia dan aware. Kita public figure, memang tak boleh lari daripada pandangan orang.
Tambahannya lagi, Joey juga berkongsikan Watie menangis kerana berasa gembira dapat menjayakan impian yang sudah lama diimpikan untuk sekian lama iaitu melakukan konsert Elite bersama ahli-ahli yang lain.