Selepas didakwa oleh bekas isteri, Nurul Shuhada bahawa dirinya culas membayar nafkah untuk dua orang anak mereka, pelakon Hafidz Roshdi menafikan dakwaan tersebut.
Pelakon tersebut mengambil pendekatan untuk mendedahkan jumlah nafkah yang diberi untuk anak-anak, Humairah dan Umar untuk setiap bulan.
Bahkan, Hafidz merasakan ia sewajarnya tidak didedahkan kepada umum kerana merupakan privasi antara dirinya serta bekas isteri.
View this post on Instagram
Berapa jumlah yang saya bagi itu adalah antara saya dan dia. Saya ada bagi nafkah dan saya tak pernah terlepas membayarnya.
Sebelum ini, Shuhada mendakwa aktor tersebut culas membayar nafkah terhadap dua orang anak mereka.
Kata Shu, Hafidz hanya memberi RM100 untuk setiap seorang anak mereka sebulan hingga ibu bapa wanita tersebut terpaksa mengeluarkan wang sendiri bagi membantu Shu urus anak-anak.