“Itu Pakaian Wanita, Tak Boleh” – Aisyah Hijanah Perjelas Hukum Lelaki Pakai Baju Kelawar

Kehidupan

“Itu Pakaian Wanita, Tak Boleh” – Aisyah Hijanah Perjelas Hukum Lelaki Pakai Baju Kelawar

Pensohor media sosial dan juga usahawan, Aisyah Hijanah tampil berkongsi ilmu dan pandangannya mengenai hukum seseorang lelaki itu memakai baju kelawar yang selalunya sinonim dengan wanita.

Maklum Aisyah, baju kelawar itu dicipta untuk golongan wanita dan tidak sesuai digayakan oleh kaum lelaki dan ia adalah salah meskipun dipakai hanya ketika berada di rumah.

Advertisement

Sekarang ini ramai lelaki yang suka pakai baju kelawar. Sebab kita lihat ibu atau kakak kita pakai baju itu nampak sangat selesa. Jadi apa sebenarnya hukum lelaki pakai baju kelawar?

Jika baju itu boleh dipakai oleh dua jantina berbeza, hukumnya berbeza. Tetapi kes di sini, kalau kita lihat secara umum tahu baju kelawar merupakan pakaian kaum wanita.

Tidak kisahlah kalau itu hanya sekadar baju tidur atau terlihat seperti satu kain selembar tetapi dipakai golongan wanita, makanya tidak boleh dipakai oleh kaum lelaki.

Justeru itu, Aisyah tampil memberikan pesanan kepada kaum lelaki untuk tidak sesekali memakai baju kelawar selepas ini.

Jadi untuk lelaki di luar sana yang suka pakai baju kelawar, jangan pakai lagi selepas ini. Kerana itu memang pakaian bagi golongan wanita. Semoga bermanfaat.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

megi stesen minyak
2 months ago

Masak Mi Segera Dekat Stesen Minyak, Geng Honda Dakwa Nak 'Healing' - "Bangga Tayang Keb*dohan"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...