“Itu Memang Trak Milik ATM, Mereka Tak Minta Dihargai Tapi Memang Layak Untuk Dihargai” – Hishammuddin

Hiburan

“Itu Memang Trak Milik ATM, Mereka Tak Minta Dihargai Tapi Memang Layak Untuk Dihargai” – Hishammuddin

Bencana banjir yang menimpa negara Malaysia baru-baru ini telah meninggalkan kesan yang amat mendalam pada setiap rakyat yang menetap disini.

Dapat dilihat banyak pihak yang berganding bahu membantu satu sama lain bagi meringankan bebanan mangsa-mangsa yang terjejas dan dalam pada itu, banyak juga aset kerajaan dikerah untuk ‘turun padang’.

Advertisement

Terbaharu, ada satu video yang dimuat naik di TikTok memaparkan sebuah trak milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) meredah air banjir bagi menghantar bantuan kepada mangsa telah tular.

Oleh kerana telah tular, ia telah mendapat perhatian ramai sehinggakan Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Hussein turut berkongsi semula video itu di Facebooknya.

Ya, memang itu trak milik ATM. Siang malam redah banjir. Bawa mangsa yang terjejas. Setiap risiko dihadapi dengan berani dan berhati-hati.

Dalam pada itu, Hishammuddin turut memberitahu ini baru satu yang dilihat secara kebetulan oleh orang ramai, masih banyak lagi aset ATM yang turun membantu mangsa di semua kawasan yang ditimpa banjir.

Tambahan lagi, beliau turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengguna TikTok @ninnna1975 kerana telah berkongsikan video berkenaan di platform media sosialnya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

Harith Iskander
2 years ago

Harith Iskander Tampil Mohon Maaf Tentang Kenyataan Persoal Peranan ATM

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...