“Itu Masih Keluarga Kami”, Keluarga Muslim Bersihkan Pusara Nenek Di Perkuburan Kristian

Trending

“Itu Masih Keluarga Kami”, Keluarga Muslim Bersihkan Pusara Nenek Di Perkuburan Kristian

Walaupun berbeza agama tetapi ianya tak menghalang keluarga Muslim ini untuk melawat mendiang ibu mereka yang sudah tiada. Gambar mereka sekeluarga tular di media sosial ketika mereka melawat perkuburan Kristian pada All Soul Day 2 November lalu.

Mengikut kepercayaan pengikut agama Kristian, pada hari tersebut ramai sanak saudara akan menziarahi pusara orang tersayang yang telah pergi. Mereka juga akan membersihkan kawasan perkuburan dan menukarkan jambangan bunga baru.

Advertisement

Dalam puluhan orang yang berada di kawasan perkuburan, kelihatan kelibat beberapa orang yang memakai baju kurung dan bertudung.

kawasan kubur
Menurut Cikgu Emmet, salah seorang daripadanya ialah guru SMK Padawan iaitu Cikgu Dayang Rafidah bt Awang Osman. Dia turut sama berada di situ untuk membersihkan kubur neneknya bersama ibu dan ibu saudaranya.

Pagi ini beliau bersama ibu dan ibu saudaranya yang beragama Islam turut membersihkan kubur mendiang neneknya yang telah lama tiada. Meskipun kelihatan agak janggal kerana mereka adalah keluarga Muslim tetapi kehadiran mereka disambut sapaan dan senyuman dari pengunjung lain.

kubur islam
kubur kristian
Menurut cikgu Dayang Rafidah, walaupun neneknya bukan beragama Islam dan ibunya pula seorang mualaf ia tetap tidak memutuskan rasa kasih dan sayang walaupun nenek telah meninggal dunia.

Hakikatnya di Sabah dan Sarawak, perkara ini sudah menjadi kelaziman di sana dimana sebuah keluarga mempunyai pegangan agama yang berbeza. Tetapi masih mampu hidup dalam keadaan harmoni dan masih hormat antara satu sama lain.

“Kubur my parents. I myself muslim.”

kubur kristian

Kredit: Facebook

“Sama macam mama saya , walaupun dah masuk islam mama tidak pernah lupa tarikh ni 02/11.”

kubur kristian

Kredit: Facebook

“Saya pun sempat ziarah kubur kakak sy  sebelum balik KL & kenalkan anak saya pada mendiang makciknya.”

kubur kristian

Kredit: Facebook

Tambahnya lagi, perbezaan kaum pun adalah untuk saling kenal mengenali dan kepercayaan agama adalah untuk membimbing rohani agar berupaya menjadikan kita manusia yang baik dan berperkerti tinggi.

Sumber: Facebook

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...