Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Itu Kehidupan Peribadi Saya- Tiz Zaqyah

Susah sungguh menjadi artis di zaman moden ini. Kewujudan laman sosial seperti Instagram membolehkan perkongsian gambar dilakukan secara pantas. Namun perkongsian yang tidak dikawal ada kesannya yang tersendiri. Mungkin itu yang terjadi kepada Tiz Zaqyah.

tiz zaqyah

Advertisement

Kalau anda mengikuti Instagram Tiz Zaqyah, anda akan perasan beberapa keping gambar dirinya bersosial bersama rakan-rakan. Ada peminat yang meluahkan rasa kurang senang dengan perkongsian gambar-gambar tersebut. Namun Tiz Zaqyah ada alasannya yang tersendiri. Kata Tiz:-

Itu kehidupan peribadi saya, jangan kacau. Kalau orang boleh terima, okeylah, tapi jika sebaliknya, saya tak mampu buat apa-apa. Saya tak nafikan, dari dulu hingga hari ini, saya mahupun kawan-kawan artis yang lain akan bersosial jika kami mempunyai kelapangan. Tambahan lagi, bukan saya seorang saja yang memuat naik gambar bersosial di Instagram, sebaliknya rakan-rakan yang lain pun sama.

tiz zaqyah
Menurut Tiz, dia tidak mengganggu orang lain dengan perkongsian gambar-gabar tersebut. Tiz hanya mahu menjadi dirinya sendiri dan tak mahu hipokrit. Bagi Tiz, dia hanya jujur dengan kehidupannya. Kata Tiz lagi:-

Saya kenal diri saya, biarlah saya jadi diri sendiri. Jangan menghakimi seseorang itu begitu mudah. Apabila melihat gambar saya bersosial, jangan mudah melabel saya nie gadis yang tak baik. Artis lain pun ramai bersosial. Kadang-kadang tu saya sedih juga bila dapat tahu, rakan artis nie pergi bersosial tapi buat pengakuan mereka takpergi. Jangan menipu! Saya bersosial saya mengaku.

Sebagai manusia biasa, Abang Nara pun bersosial jugak. Cuma di tempat yang tidak sama dengan Tiz. Hanya kedai mamak dan kadang-kadang di court badminton tempat sosial Abang Nara. Mungkin Tiz sekali sekala pun boleh cuba bersosial di sana. Lebih tenang rasanya. Hehehe.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top