Pempengaruh terkenal, Andika Putera mendedahkan sebab dia tidak mahu mendedahkan wajah isterinya.
Menerusi satu hantaran di Instagram Storynya, dia menjawab persoalan itu selepas ditanya sendiri oleh pengikutnya.
Itu bini saya, suka hati saya nak reveal atau tidak. Itu semua pilihan saya sendiri.
Semua atas hal privasi sendiri yang saya pilih.
Dalam pada itu, dia turut menegaskan walaupun pihak ketiga (orang luar) telah menyebarkan gambar isterinya tanpa izin, dia menganggap perkara itu sebagai sesuatu di luar kawalannya.
Oh muka semua dah tahu, itu pihak ketiga yang saya tak boleh nak control di mana tanpa keizinan saya pun mereka post dan sebagainya.
Saya dah jangka benda ni akan berlaku. kita tak boleh nak kawal tapi di pihak saya, saya akan jaga.
Sekadar info tambahan, baru-baru ini Andika telah menamatkan zaman dudanya selepas dia mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan wanita pilihan hatinya.