Itu Hanyalah Pemikiran Kotor Mereka – Maria Farida

Hiburan

Itu Hanyalah Pemikiran Kotor Mereka – Maria Farida

Aik. Pelik tapi benar. Susulan gambar bikini yang mendapat pelbagai komen hangat daripada pengikutnya di Instagram, Maria Farida menganggap mereka yang berbuat demikian sebagai berpemikiran kotor. Bagi Maria Farida, itu hanyalah gambar sejenis pakaian mandi yang diletakkan di atas katil, bukannya gambar dirinya memakai pakaian tersebut.
maria faridaKalau begitulah kata Maria Farida, nampaknya kita yang berpemikiran kolot dan perbuatannya itu adalah satu perkara biasa yang tak perlu digembar-gemburkan. Kata Maria Farida menerusi Mstar Online:-

“Ia hanyalah sejenis pakaian mandi yang diletakkan di atas katil. Mereka (pengikut) melenting dan kecoh seolah-olah saya memakai bikini tersebut dan memuat naik gambar saya ke Instagram.

Takkan mereka tak pernah melihat bikini sebelum ini? Dan saya tidak pernah suruh pun melihat foto-foto yang saya muat naik. Itu hanyalah pemikiran kotor mereka terhadap baju itu. Apa yang mereka cakap semua tidak masuk akal.

Bayangkan ada yang siap mengutuk dan pada masa sama memberi ceramah agama sedangkan apa yang mereka buat dengan mengutuk orang sudah menunjukkan ia salah di sisi agama Islam.

Entahlah, bagi saya ia hanyalah perkara kecil sahaja dan rasa kelakar pula apabila ramai yang mengambil serius dengan foto tersebut.

Saya tertanya-tanya adakah pengikut-pengikut lelaki yang memberi komen ini akan menutup mata mereka apabila melalui kedai-kedai pakaian dalam di pusat beli belah?

Advertisement

maria farida

Nampaknya Abang Nara pun kenalah bersihkan sedikit pemikiran Abang Nara. Kotor sangat dah nie. Korang pun marilah bersama-sama kita bersihkan pemikiran kita. Setakat gambar bikini, apalah sangat kan? Kita tak perlu kecoh-kecoh dah lepas ini. Semuanya bergantung kepada cara pemikiran kita. Tak gitu? Hehehe.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...