“Itu Hak Saya…” Fathia Beri Komen Setelah Dikritik Isu Suntik Filler Di Wajah

Hiburan

“Itu Hak Saya…” Fathia Beri Komen Setelah Dikritik Isu Suntik Filler Di Wajah

Pelakon dan juga kini bergelar usahawan, Fathia Latiff tampil memberikan penjelasan mengenai isu menyuntik filler di wajah yang menjadi bahan kritikan netizen, baru-baru ini.

Fathia LatiffSumber : Instagram Nur Fathia  

Menurut Fathia, perkara seperti itu merupakan pilihan hidupnya dan dia boleh melakukan apa sahaja asalkan tidak mendatangkan mudarat kepada dirinya.

Advertisement

Fathia atau nama sebenarnya Nur Fathia Abdul Latiff,34, telah menerima komen daripada segelintir warga maya apabila dia memuat naik video mempromosikan rawatan aestetik ‘filler’ di bahagian rahang menerusi laman Instagram miliknya.

Dia yang ditemui media berkata bahawa dia tidak dapat berbuat apa-apa jika ada pihak yang tidak senang hati terhadap apa yang dilakukannya.

View this post on Instagram

A post shared by Nur Fathia (@fatiyalatiff)

“Itu hak saya. Mungkin ada yang tidak suka dan sebaliknya. Kalau yang suka, saya gembira kerana saya seperti motivasikan mereka untuk tampil lebih cantik. Bagi yang tidak suka, saya tak boleh nak buat apa.”

Tambahnya lagi, ia tidaklah terlalu ketara dan jika mengamalkan jamu dan rawatan tambahan, jadi kesannya lebih berganda dan terlihat di mata kasar.

Kata pelakon drama popular Ariana Rose ini lagi, menjadi cantik dan menonjol adalah perlu kerana tuntutan kerjaya yang memerlukan dia muncul di kaca televisyen dan media sosial.

View this post on Instagram

A post shared by Nur Fathia (@fatiyalatiff)

Dia dalam pada masa yang sama juga tidak kisah jika ada pihak di luar sana yang memandangnya dari sudut negatif kerana ia membuatkan dirinya menjadi lebih kuat.

Perkembangan terkini, Fathia kini sedang berjinak-jinak dalam perusahaan menjual produk kesihatan wanita berupa jamu yang diberi nama Jamu Dara Cantik by Fathia Latiff.

Malah, dia juga telah melancarkan kiosk pertama produknya itu yang terletak di Setapak Sentral.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...