May 28th, 2012

Ramai yang tertanya-tanya kenapa Abang Nara tak keluarkan gambar Neelofa yang dikatakan berkemban dan ala-ala bunny yang kecoh pada minggu lepas. Sebabnya Abang Nara nak tunggu apa kata Neelofa terlebih dahulu. Abang Nara pasti ramai di antara anda yang sudah pun melihat gambar-gambar tersebut.

neelofa

Firasat Abang Nara menyatakan yang gambar tersebut gambar lama. Semalam menerusi Pancaidera, Neelofa mengesahkan gambar tersebut diambil 3, 4 tahun dahulu untuk penggambaran video klip kumpulan Tilu. Dan Abang Nara tersenyum kambing membaca ayat pedas Neelofa:-

Dah tak ada modal la tu nak buat cerita. Yang hairannya itu gambar lama semasa saya terlibat dalam pembikinan video muzik kumpulan Tilu. Tak salah saya tiga empat tahun dahulu. Jadi kenapa baru sekarang ini nak keluarkan? Saya sendiri pelik macam mana mereka boleh keluarkan gambar tu semula. Kalau tak ada modal sekalipun nak naikkan rating masing-masing tak perlulah buat macma tu pada saya. Sejujurnya saya tak marah cuma geram sebab mereka sengaja nak aibkan orang. Lantaklah nak buat apa pun asalkan jangan melampui batas. Cerita macam ini memang tak perlu dilayan, kalau layan akan berpanjangan.

Biasalah tu bila dah jadi artis. Cerita 15 tahun dahulu pun orang sanggup korek. Satu tindakan yang bagus daripada Neelofa untuk tidak melayan cerita-cerita sebegini. Lebih baik tumpukan perhatian kepada perniagaan Bella Vita yang khabarnya sedang hangat sekarang ini. Tak gitu?


231 responses to “Itu Gambar Tiga Empat Tahun Dahulu – Neelofa”

  1. da fiest says:

    Neelofa mmg pelajar pompuan yg paling cantik d sekolah dulu,die ni degil ckt,susah ckt d pujuk utk mngubah fikirannya,susah nk jatuh cinta pd mana2….,ttp skrg i dnt know,,,

  2. matagunjau says:

    cantik ke..korang semua buta ka..bole ke nak dibandingkan dengan kecantikan bidadari di syurga Allah..

Loading...