Itu Gambar Ketika Saya Berumur 15 Tahun – Emma Maembong

Hiburan

Itu Gambar Ketika Saya Berumur 15 Tahun – Emma Maembong

Seperti yang telah diagak oleh segelintir pembaca BeautifulNara, Emma Maembong hari ini menjelaskan yang gambarnya berpelukan dan berciuman dengan seorang lelaki adalah gambar lama. Menurut Emma, gambar-gambar tersebut diambil ketika dirinya berusia 14, 15 tahun bersama kekasihnya. emma maembong

Emma Maembong mengakui yang gambar-gambar itu adalah satu kesilapan buat dirinya. Kata Emma kepada portal Murai:-

Advertisement

Memang semua itu gambar saya bersama kekasih tetapi gambar itu diambil ketika saya berusia 14 dan 15 tahun. Saya akui ketika itu saya berkelakuan sebegitu disebabkan culture shocked bila baru saja mengenal dunia. Saya akui gambar itu satu kesilapan dan saya anggap itu semua kisah silam saya yang saya tidak perlu ulangi lagi kerana saya kini sudah berubah. Saya kesal apabila gambar itu tersebar di waktu saya baru sahaja hendak menempa nama dalam industri, saya anggap ini dugaan dan pasrah dengan apa yang berlaku.

emma maembong

Yang penting, Emma memberitahu yang dirinya kini sudah berubah dan berharap agar peminat tidak menghukumnya berdasarkan kisah silamnya dulu. Kata Emma:-

Orang akan lihat saya seolah-oleh seperti perempuan sosial tetapi hakitkatnya saya hanya berpakaian seksi dengan memakai seluar pendek dan bercium serta berpeluk sahaja. Tiada apa yang perlu diperbesarkan. Malah saya berpeluk dan bercium dengan seorang lelaki yang sama iaitu kekasih saya sahaja. Saya dan kekasih saya sudah berkawan sejak dari sekolah lagi, namun kami sudah pun menjalinkan hubungan cinta yang serius sejak dua tahun yang lalu. Lagipun kini saya sudah berubah dan telah pun cuba berubah dengan tidak lagi memakai pakaian seksi serta tidak beraksi seperti di dalam foto itu lagi. Hukumlah diri saya sekarang, bukan hukum kisah silam saya.

Kepada jejaka yang ada menaruh hati terhadap Emma Maembong, lupakanlah saja hasrat anda itu. Hati Emma sudah dimiliki oleh jejaka yang dikenali dengan nama Adi Zaim. Kepada Emma, lupakan kontroversi ini dan berusahalah untuk memajukan diri dari segi lakonan. Anggap sahaja ini asam garam apabila bergelar selebriti.

P.S: Letusan gunung berapi.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

214 Comments

  1. baik sket

    October 9, 2012 at 4:21 pm

    conclusionnya, artis memang x leh nk wat contoh…

  2. lantakpilah

    October 9, 2012 at 1:15 pm

    jgn kutuk org. kita pun sama je. masing2 perbaiki diri. mati nnt amalan masing2 yg dikira. bkn hasil kutuk2 salah org.

  3. mrright

    October 9, 2012 at 12:27 am

    jangan salahkan dia….salahkan sistem undang-undang kita yang tak berdasarkan kepada syariat islam…….di Acheh kalau pakai baju ketat kena halau balik rumah, nak dating jgn harapla, bulan puasa orang islam jual makanan kena sebat……etc…..nak salahkan ibu dan ayah tak boleh jugak kekadang didikan dah diberi tapi tarikan rakan sebaya dan pengaruh sosial mengatasinya…..banyak yang kita tgk pakai tudung labuh kat tangga etc….yang penting bila dia sedar kesilapan dia, dia insaf dan bertaubat dan tidak mengulanginya……sekurang-kurangnya dia tak nafikan mcm sesetengah artis nak sorok bangkai gajah…….yang jelas orang yang post gambar tu memang ada hasad dengki…..ingatlah jika buka aib org Allah akan buka aib kita kelak……org yang dok menghina dia dah kena minta maaf dengan dia ….ini dosa sesama manusia kalau dengan Allah taubat nasuha insyaallah diterima selagi matahari terbit di timur…..kesimpulannya mencaci meghina dan mengkritik bukanlah cara terbaik untuk mengubah seseorang

  4. Kecik2 dah kena lambung

    October 9, 2012 at 12:01 am

    masa umur 15 thn dah pandai couple n peluk2.. mudah n murahnya….. let those pictures talk/explain………..

  5. SheiLa

    October 8, 2012 at 10:46 pm

    Itu gambar masa umur sy 15tahun, dgn kekasih sy.
    Sy kawan dgn die sejak sekolah tp mula serius 2 thn lepas.
    Apa cite ni. Gambar masa umur 15thn dah berpeluk sakan, time bercinta ke berkawan? Bila plak start bercinta? Alahai pompuan

Loading...