Itu Gambar Ketika Bercuti Di Mabul, Takkan Nak Pakai Baju Tutup Badan Pula? – Fezrul Khan

Hiburan

Itu Gambar Ketika Bercuti Di Mabul, Takkan Nak Pakai Baju Tutup Badan Pula? – Fezrul Khan

Sejak beberapa hari lepas, Fezrul Khan menerima pelbagai kritikan apabila foto beliau menayang badannya di Instagram mendapat perhatian ramai.  Ada yang mengatakan beliau sengaja mencari publisiti murahan.

Advertisement

Walaubagaimanapun, menurut Fezrul beliau bukan sengaja mahu menayang badan beliau tetapi ingin berkongsi hobinya dengan peminat.

Fezrul berharap mereka yang melihat susuk tubuhnya yang sado itu dapat menjadikan ia sebagai pembakar semangat untuk mereka mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Saya tidak berniat untuk menayangkan badan seperti yang didakwa sesetengah pihak. Gambar tidak berbaju itu dirakamkan ketika bercuti di Pulau Mabul, Sabah. Takkan saya hendak memakai baju yang menutup badan pula?

Lagipun, pada masa sama, saya juga menyimpan hasrat untuk menggelapkan warna kulit supaya lebih sekata. Saya pernah memuat naik gambar tidak berbaju ketika bersenam di gimnasium. Saya tidak sewenang-wenangnya menayangkan badan tanpa sebab hanya kerana ingin menarik perhatian.

Buat Fezrul, ia terpulang kepada individu untuk menilai beliau. Pada masa yang sama Fezrul juga meyangkal dakwaan kononnya beliau lebih seksi dan “daring” selepas bercerai.

Terpulang kepada mereka di luar sana untuk menilai. Lebih baik sekiranya ada yang memandang positif dan tertarik untuk mengamalkan gaya hidup sihat dengan melihat gambar yang dimuat naik. Dakwaan mengatakan saya lebih ‘daring’ selepas cerai pun tidak benar.

Ok lah tu kalau foto berkenaan dimuat naik sekadar untuk memberikan semangat kepada orang lain untuk mendapatkan tubuh yang menawan. Sekali –sekala kena juga ambil ataupun pandang sesuatu perkara itu daripada sudut positif.

Sumber Berita : BH ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...