Walaubagaimanapun, menurut Fezrul beliau bukan sengaja mahu menayang badan beliau tetapi ingin berkongsi hobinya dengan peminat.
Fezrul berharap mereka yang melihat susuk tubuhnya yang sado itu dapat menjadikan ia sebagai pembakar semangat untuk mereka mengamalkan gaya hidup yang sihat.
Saya tidak berniat untuk menayangkan badan seperti yang didakwa sesetengah pihak. Gambar tidak berbaju itu dirakamkan ketika bercuti di Pulau Mabul, Sabah. Takkan saya hendak memakai baju yang menutup badan pula?
Lagipun, pada masa sama, saya juga menyimpan hasrat untuk menggelapkan warna kulit supaya lebih sekata. Saya pernah memuat naik gambar tidak berbaju ketika bersenam di gimnasium. Saya tidak sewenang-wenangnya menayangkan badan tanpa sebab hanya kerana ingin menarik perhatian.
Buat Fezrul, ia terpulang kepada individu untuk menilai beliau. Pada masa yang sama Fezrul juga meyangkal dakwaan kononnya beliau lebih seksi dan “daring†selepas bercerai.
Terpulang kepada mereka di luar sana untuk menilai. Lebih baik sekiranya ada yang memandang positif dan tertarik untuk mengamalkan gaya hidup sihat dengan melihat gambar yang dimuat naik. Dakwaan mengatakan saya lebih ‘daring’ selepas cerai pun tidak benar.
Ok lah tu kalau foto berkenaan dimuat naik sekadar untuk memberikan semangat kepada orang lain untuk mendapatkan tubuh yang menawan. Sekali –sekala kena juga ambil ataupun pandang sesuatu perkara itu daripada sudut positif.