Baru-baru ini, tular satu foto yang dikatakan bekas Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak sedang bersama-sama dengan isteri keduanya sambil berpegang tangan.
Sedar akan penularan foto yang berlaku, Najib Razak bersama isterinya, Rosmah Mansor telah memfailkan laporan kerana memaklumkan gambar tersebut adalah palsu.
Laporan ini disahkan sendiri oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan turut memberitahu kedua pasangan ini sememangnya terkejut apabila melihat foto palsu ini.
Di dalam gambar tersebut, ia memaparkan Najib bersama dengan sekumpulan keluarga di salah satu majlis di kediaman peribadinya. Terlihat seorang wanita muda disisi Najib sedang berpaut padanya.
Akibat telah tular, ramai netizen yang membuat spekulasi bahawa wanita itu merupakan isteri keduanya kerana kelihatan begitu mesra bersama.
Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah.