“Itu Dia Punya Pasal..” – Disangka Ingin Sokong Sahabat, Fuad Beri Penjelasan Hanya ‘Support’ Karier Aliff Aziz

Hiburan

“Itu Dia Punya Pasal..” – Disangka Ingin Sokong Sahabat, Fuad Beri Penjelasan Hanya ‘Support’ Karier Aliff Aziz

Sebelum ini, kontroversi yang melibatkan pelakon dan penyanyi Aliff Aziz telah menjadi perhatian netizen lagi-lagi apabila rakan artis dan penyanyi Tom mendedahkan Sarah Yasmine pernah menghubungi suaminya penyanyi, Fuad membuatkan mereka berdua terlibat sama.

Fuad beri penjelasan

Susulan itu, menerusi sebuah temu bual bersama What?! Podcast.Sg, Fuad telah memberi penjelasan menjawab kepada dakwaan dirinya menyokong Aliff.

Advertisement

Penyanyi ini turut mengakui rasa kecewa apabila ada rakan artis yang kurang senang apabila melihat Aliff Aziz yang masih meneruskan karier seninya meskipun terlibat dalam kontroversi.

Aku mengamuk sebab ada satu hamba Allah ini, dia artis Singapura tapi aku tak nak cakap siapa. Dia ada komen dekat Aliff, ‘buat onar sampai 11 kali tapi tetap ada yang panggil buat show’.

 

Bagi aku orang macam ni hipokrit, tak boleh cakap macam tu. Itu kan rezeki masing-masing.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by King Tom (@king__tom)

Hanya menyokong karier

Di samping itu, penyanyi ini turut berpendapat orang ramai tidak sepatutnya menyamakan masalah peribadi seseorang dengan kerjayanya. Tambah Fuad, dia menegaskan bahawa dirinya hanya menyokong Aliff dari segi kerjayanya dan tidak mahu masuk campur dalam urusan peribadi.

Itu part yang aku back up Aliff. Ramai netizen ingat aku backing Aliff sebab skandal. Itu dia punya pasal, personal life dia. Jangan samakan kerjaya dengan personal.

 

Tapi bab skandal aku memang tak masuk campur.

@ayi_rascal Alif punya hal sampai terkait kait yang lain. https://open.spotify.com/show/1RabUPvCIPcJOcfnqXt4d6?si=2GQyayfkQ0CaGpozLIhoDg #viral #viralterkini #ceritakita #pengalamanhidup #shoutout #nasihat #podcast #what #fyp #fypsg #fuadrahman #gv9 #gegarvaganza #aliffaziz #gv8 ♬ original sound – Y.I.R.A.S

Sebelum ini, Sarah Yasmine yang mendakwa merupakan kekasih gelap kepada Aliff Aziz telah mendedahkan hubungan Aliff bersama aktres Ruhainies serta isu-isu lain yang berkaitan dengan mereka.

Namun begitu, isteri kepada Fuad, Tom turut mendedahkan Sarah pernah menghubungi suaminya berkali-kali. Namun, diketahui tujuan sebenar Sarah menghubungi Fuad adalah kerana ingin bertanya tentang keberadaan Aliff ketika itu.

Tom sarah yasmine
2 weeks ago

"Jangan Awak Musnahkan Kebahagiaan Kami" - Tom Padam Hantaran Berkaitan Sarah Yasmine, Mengaku Tiada Duit Nak Bayar Saman

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...