Memang kecoh dibuatnya apabila sekeping gambar Raja Azmi bersama seorang bayi dengan sesuatu yang kelihatan seperti rokok tersebar di Internet semalam. Banyak pihak yang mengecam dan melemparkan kata-kata kesat terhadap Raja Azmi atas tindakannya itu. Sekali pandang, memang nampak seperti rokok namun menurut Raja Azmi itu hanya gula-gula.
Kata Raja Azmi kepada ABNXcess:-
Itu cuma gula-gula. Takkan saya bodoh nak bagi cucu saya yang berusia lapan bulan untuk hisap rokok
Diharap dengan penjelasan pendek ini, tiada lagi pihak yang memandang serong terhadap Raja Azmi. Kesian juga Abang Nara kat Raja Azmi nie. Tak habis-habis dirundung kontroversi. Semoga selepas ini tak ada lagi perkara sebegini yang akan timbul.