“Itu Cerita Lama..” Ropie Nafi Kembali Kutip Tin Untuk Cari Makan, Masih Mampu Hadapi PKP

Hiburan

“Itu Cerita Lama..” Ropie Nafi Kembali Kutip Tin Untuk Cari Makan, Masih Mampu Hadapi PKP

“Kisah itu cerita lama..” begitulah pengakuan pelawak terkenal, Ropie yang menafikan bahawa dia kini terpaksa mengutip dan menjual tin gara-gara desakan hidup.

4 years ago

Tak Kisah Digelar 'Ropie Kerepek', Ropie Syukur Diangkat Menjadi Duta Produk Makanan

Advertisement

Ropie atau nama sebenarnya Zahid Tajuddin,54, kehidupannya kini baik-baik sahaja dan tidak mengalami sebarang kesukaran seperti yang tular di media sosial.

Ujarnya lagi, kisah mengutip tin itu berlaku pada tahun 1999 di mana pada ketika itu kumpulan lawak yang dianggotainya, Cecupak dibubarkan.

Kisah kutip tin itu berlaku pada tahun 1999 masa awal-awal kumpulan Cecupak dibubarkan. Saya sendiri hairan dan betul-betul terkejut selepas dihubungi seorang kenalan yang merupakan orang kenamaan dan tiba-tiba mahu membantu saya dan isteri.

Kata Ropie, bantuan yang ditawarkan itu telah ditolak secara baik kerana masih lagi mampu meneruskan hidup dan merasakan ia lebih baik dihulurkan kepada golongan yang benar-benar memerlukan.

Dalam perkembangan lain, Ropie memaklumkan bahawa dia masih mendapat tawaran berlakon sehingga ke harini meskipun negara sedang dilanda pandemik COVID-19.

Terdahulu, tular di media sosial yang mendakwa kehidupan pelawak tersebut kembali susah sehingga memaksa dia kembali mengutip tin kosong untuk mengisi perut.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...