“Itu Bukan Wa Brother, Malu La Sikit Main Tuduh-Tuduh Orang Macam Ni” – Syazwan Zulkifli Berang Dituduh Dayus

Hiburan

“Itu Bukan Wa Brother, Malu La Sikit Main Tuduh-Tuduh Orang Macam Ni” – Syazwan Zulkifli Berang Dituduh Dayus

Pelakon Syazwan Zulkifly semalam meluahkan rasa berang setelah ruangan komen media sosialnya dipenuhi tuduhan tidak berasas iaitu dia dikatakan selebriti yang memukul kekasihnya, baru-baru ini.

Syazwan Zulkifly mengamuk dituduh pukul kekasih

Sebelum ini, pelakon Ammar Alfian turut menjadi mangsa tohmahan netizen gara-gara spekulasi tentang siapakah pelakon yang melakukan perbuatan kejam itu.

Advertisement

Meninjau ruangan komen di salah satu hantaran Instagram, Syazwan tampil menafikan tuduhan netizen itu dan meminta agar orang ramai untuk tidak membuat tuduhan secara melulu.

Syazwan Zulkifly mengamuk dituduh belasah kekasih

Brother itu bukan wa brother, malu la sikit main tuduh-tuduh orang macam ni.

Naik hairan dengan sikap netizen

Malah, Syazwan juga naik hairan dengan sikap netizen yang ‘mencari-cari’ siapakah selebriti yang dimaksudkan itu seolah-olah kenalan rapat mereka yang menjadi mangsa.

Apa yang sibuk sangat sampai nak mencari-cari? Kawan awak ke yang kena pukul tu?

Terdahulu, seorang pelakon lelaki didakwa telah membelasah kekasihnya di dalam kereta jenis SUV bertempat di Ara Damansara pada awal pagi Sabtu.

Punca pertelingkahan pada awalnya itu difahamkan kerana teman wanita itu keluar bersama kakaknya di luar pengetahuan pelakon terbabit.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Ammar Alfian nafi tumbuk kekasih
6 months ago

"Taulah Muka Aku Jahat, Berlakon Pun Jahat" - Ammar Alfian Nafi Dirinya Suspek Selebriti Tumbuk Kekasih

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...