Itu Bukan Surat Cinta – Mira Filzah Respon Isu PU Rahmat “Melamarnya”

Hiburan

Itu Bukan Surat Cinta – Mira Filzah Respon Isu PU Rahmat “Melamarnya”

Baru-baru ini kecoh dengan isu dimana Pencetus Ummah musim pertama, PU Rahmat yang “melamar” Mira Filzah menerusi satu surat terbuka yang ditulis menerusi akaun rasmi PU Rahmat.

Advertisement

Tidak membaca keseluruhan luahan PU Rahmat, ada pihak yang sudah salah anggap ia adalah surat cinta khas ditujukan buat Mira Filzah.

Menurut Mira Filzah, surat tersebut bukanlah bertujuan untuk memikat dirinya tetapi ia adalah inisiatif PU Rahmat untuk mengajak orang ramai memberikan bantuan untuk rakyat Syria.

Saya rasa itu bukanlah cara luahan cinta PU Rahmat kepada saya. Sebenarnya tujuan PU Rahmat adalah untuk meuarkan ataupun mengajak orang ramai bagi membantu kebajikan di Syria, tapi cara dia menggunakan nama saya mungkin dengan cara itu orang akan lebih tertarik untuk baca dan share. Bukan tujuan untuk memikat, surat itu adalah bertujuan untuk sama-sama membantu ke arah kebajikan.

Jika saya diberikan peluang dan kesempatan untuk terlibat sama seperti yang dinyatakan dalam surat berkenaan, saya memang mahu. Tapi saya masih di bawah tanggungjajwab ibu dan bapa, masih lagi muda, tambah lagi saya ini perempuan. Jadi pergerakkan agak terbatas. Apa yang saya boleh lakukan sekarang ini antaranya seperti menderma dan buat kebajikan lain di sini.

Erm itulah, pentafsiran manusia ini berbeza, ada yang belum baca lagi surat terbuka tersebut tetapi sudah percaya bahawa ia merupakan surat cinta.

Sumber Berita : Media Hiburan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...