Melalui laporan Harian Metro, peguam yang mewakili keluarga Allahyarham Zara Qairina tampil menafikan bahawa suara jeritan meminta tolong seperti ditularkan di media sosial bukanlah suara remaja 13 tahun itu.
Tegas Hamid Ismail, dia menyifatkan perkara tersebut adalah fitnah semata-mata dan meminta orang ramai tidak menyebarkan info yang tidak pasti serta sahih.
Ada tular di TikTok tentang video perempuan menjerit-jerit, itu bukan Zara. Sokonglah ibu Zara yang emosinya sedang tertekan ketika ini.
Sebelum, di platform media sosial, tular video memaparkan suara seorang remaja perempuan meminta tolong dan ramai mendakwa ia merupakan suara arwah Zara.
Kami memohon supaya memadam video dan gambar berkenaan. Spekulasi hanya menambah tekanan dan kesedihan kepada anak guam kami.