June 14th, 2013

Hujung bulan lalu, kecoh sebentar dunia hiburan apabila Nelydia Senrose berkongsi sekeping gambar di Instagramnya. Gambar tersebut menunjukkan pemandangan laut tetapi ada seorang wanita yang seolah-olah hanya memakai bikini di dalamnya. Terus banyak pihak menyangka wanita itu ialah Nelydia Senrose sendiri.

nelydia senrose berbikini

Akibatnya, Nelydia dikritik dan dihentam teruk oleh peminat-peminatnya sehingga menjadi isu yang agak hangat. Ditemui oleh MalaysianDigest, Nelydia menjelaskan perkara sebenar yang terjadi. Kata Nelydia:-

Sejujurnya, lillahi ta’ala, itu bukan saya. Saya bukan macam tu Saya pun tahu had saya. Sebenarnya subjek utama gambar tu adalah pemandangan (laut) di depannya. Tapi semasa saya nak ambil gambar, kebetulan ada seorang wanita mat salih berbikini di depan saya, jadi takkan lah saya nak suruh dia berganjak ke tepi.

nelydia senrose berbikini

Menurut Nelydia, dia bukanlah orang yang gemar membuat kontroversi murahan sebegitu. Tambahnya lagi:-

Tak sangka pula orang nak jadikan isu. Masa saya ambil gambar tu, saya tak fokus langsung pun pada badan wanita tu. Saya rasa orang sekaraang ni pun dah pandai menilai. Takkan lah saya nak buat kontroversi murah macam tu. Niat saya, saya nak kongsi kecantikan pemandangan yang saya nampak masa tu, dengan peminat. Tak tahu pula ramai yang ‘terima’ lain dan anggap lain

nelydia senrose berbikini

Abang Nara check Instagram Nelydia sebentar tadi, gambar itu memang telah dibuang. Namun Nelydia memberitahu dia masih membiarkan gambar tersebut. Mungkin Nelydia terlupa kot.

Kalau difikirkan, masa tu saya pergi bercuti dengan keluarga saya. Lagipun masa saya pergi tu adalah time cuti sekolah. Tambahan ada banyak rombongan sekolah kat situ. Kalau saya pakai bikini, nampak lah yang saya tak hormat orang keliling saya. Tapi walaupun jadi isu, saya tak delete gambar tu. Gambar tu sangatlah bukan saya sebab lengan perempuan tu kecil berbanding lengan saya

Abang Nara percaya dengan penerangan Nelydia. Namun di masa hadapan, sebelum upload gambar, silalah periksa terlebih dahulu. Lebih-lebih anda banyak peminat. Pasti apa yang anda kongsikan, akan jadi bahan perbualan. Tak gitu?

P.S: Harga Mini Cooper diturunkan RM30,000


Comments are closed.

Loading...