“Itu Bukan Saya, Kenapa Nak Salahkan Saya?” – Amir Ahnaf Akhirnya Bersuara Isu Foto Mesra, Bercinta Dengan Gadis Singapura

Hiburan

“Itu Bukan Saya, Kenapa Nak Salahkan Saya?” – Amir Ahnaf Akhirnya Bersuara Isu Foto Mesra, Bercinta Dengan Gadis Singapura

Pelakon Amir Ahnaf akhirnya tampil memberi penjelasan setelah wujud dakwaan dan kontroversi dia menjalinkan hubungan mesra bersama seorang wanita di Singapura, tempoh hari.

Amir yang ditemui media mengakui berasa terkejut melihatkan foto mesra yang tular di media sosial itu.

Advertisement

Saya tak pernah mempunyai hubungan istimewa dengan mana-mana wanita dari Singapura. Saya pun terkejut ada ‘screenshot’ tu. Tetapi itu bukan saya.

Bila tengok saya macam ‘eh, ni bukan aku, jadi kenapa nak salahkan aku? Perkara itu pun dah tular, jadi saya tegaskan itu bukan saya. Itu saja.

Terdahulu, nama Amir Ahnaf menjadi sorotan warga maya apabila muncul beberapa tangkap layar memaparkan perbualannya bersama seorang wanita Singapura di Instagram.

Dalam perbualan itu, Amir dilihat mengajak wanita bernama Sofia yang baru berusia 18 tahun itu untuk datang ke rumah meluangkan masa bersama.

Tidak cukup dengan itu, tular juga beberapa keping gambar mesra berpelukan Amir bersama seorang wanita yang didakwa dipermainkan aktor itu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

stacy anam beri penjelasan tarik diri konsert
2 months ago

"Awalnya Letak Bella & Friends, Saya Dah Tolak Dah.." - Stacy Perjelas Tarik Diri Konsert Sumandak Stars, Poster Salah Satu Punca

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Melodi

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...