Usahawan terkenal, Datin Amyera memaklumkan dia sudah lagi tidak bergelar isteri kepada Exco Pemuda Umno Malaysia, Datuk Shahrul Nasrun Kamarudin.
Amyera menguarkan berita duka itu di satu hantaran Instagramnya baru-baru ini.
Usai 8 tahun berkahwin dengan Shahrul, Amyera berkata dia berasa lega kerana dapat melepaskan diri dari sebuah hubungan toksik.
Untuk pengetahuan semua, saya bukan lagi isteri kepada Shahrul Nasrun. Kami telah sah bercerai. Alhamdulillah. Akhirnya dapat keluar daripada hubungan toksik. Setelah beribu peluang yang saya berikan. Your loss babe.
Jadi pada bulan yang mulia ini, saya ingin berkongsi kebenaran kepada anda semua, apa yang telah saya lalui selama 8 tahun bernikah dan siapa manusia yang bernama Shahrul Nasrun yang sebenarnya.
Dia juga menafikan tindakan dia memaklumkan mengenai perceraian itu adalah kerana ingin mengaibkan bekas suami selain menjelaskan mengenai video tular sekitar Ogos tahun lalu yang mengaitkan nama penyanyi Sabronzo dari kumpulan Dolla.
Mungkin Allah nak tunjuk. Semua jadi kebetulan. Dan saya nak nyatakan di sini, perempuan dalam video tu. Bukan sabronzo. Tak baik korang fitnah dia. Itu perempuan lain. Call girl.
Dan nak dijadikan cerita, bila saya kesana. Allah permudahkan segalanya, saya jumpa tempat itu. Dan saya boleh masuk ke dalam. Rasa nak pengsan, bila tengok keadaan tempat itu. Terlalu aib.
Sebelum ini, tular sebuah video yang menunjukkan seorang wanita menyerupai Sabronzo memasuki sebuah bangunan sejurus selepas ketibaan seorang ahli politik di lokasi yang sama.
Ahli politik tersebut juga dilaporkan pernah bertunang dengan seorang penyanyi terkenal, namun pertunangan itu berakhir dengan perpisahan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.